Friday, 13 January 2012

Permulaan EMAS

Sebelum saya mengenali pelaburan Emas, ramai orang selalu bertanya kepada saya macam mana pelaburan emas? Apa tu pelaburan Emas? Apa yang untung sangat bila melabur Emas? Macam mana orang tak cukup modal boleh beli Emas?...Di masa itu, saya selalu tertanya-tanya dalam diri dan buat kaji selidik dalam internet tentang pelaburan Emas. Tapi macam biasa la, masih tidak faham apa konsep yang digunakan sehingga boleh untung.

Pada satu hari, Allah telah menunjukkan jalan ke arah jawapan kepada soalan-soalan ini. Terjumpa dengan seorang rakan yang membuat pelaburan Emas dan menjual Emas. Diri ini bertanya pada dia soalan dari A-Z dan dia pun bercerita dari A-Z.

APA ITU PELABURAN EMAS? Pelaburan Emas bermaksud "menyimpan" Emas untuk tempoh masa tertentu samaada jangkamasa sederhana dan panjang. 

XDE KE YANG JANGKAMASA PENDEK? Ada tu ada, cuma kadang-kadang. Tapi kalau boleh, melaburlah pada jangkamasa sederhana dan panjang.

Kalau diikutkan banyak lagi persoalan yang saya tanya pada dia. Semua persoalan itu akan saya kongsikan dengan anda satu per satu. Untuk lebih mudah, sila hubungi/sms 019-2410746 untuk keterangan lanjut. Saya sangat berbesar hati menerima panggilan/sms.

No comments:

Post a Comment