Sunday, 22 January 2012

Faktor Kenaikan Harga Emas

 Terdapat tiga(3) faktor kenaikan harga emas. Disini ingin saya kongsikan secara ringkas.


1. Penyusutan nilai dolar Amerika.
Apabila nilai dolar Amerika susut harga, harga emas akan naik. Apabila nilai dolar Amerika stabil, harga emas akan susut.

Emas bertindak sebagai pelindungpelindung nilai menentang dolar Amerika. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

2.Harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi.  
Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.


Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.

Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

3.Kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

No comments:

Post a Comment