BOLEH!!! je. Banyak cara boleh diusahakan jika ada kemahuan.
1. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit - Ingat lagi zaman kanak-kanak? Masa zaman kanak-kanak, selalu kita gunakan ayat tu untuk kita menyimpan duit dalam tabung yang macam-macam bentuk ada. Ada yang bentuk ayam, rumah, bangunan tabung haji, teddy bear dan sebagainya. Konsep yang sama kita gunakan untuk membeli dan melabur Emas. Apa kata, 25% daripada gaji kita, kita simpan dalam tabung khas. Labelkan tabung tu, TABUNG EMAS. Disiplinkan diri untuk berjaya. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Apabila simpanan kita mencecah jumlah tertentu yang boleh membeli emas, sekurang-kurangnya, beli emas ikut kemampuan sendiri/mengikut gram. Mungkin buat permulaan, anda boleh mula dengan 20gram. Nanti ada terkumpul lagi modal, tambah lagi 20gram. Then tambah lagi dan tambah lagi. Macam diri saya, saya beli 20gram untuk permulaan.
2. Ar-Rahnu - Seperti saya katakan tadi, pelbagai cara boleh diusahakan jika ada kemahuan. Sekarang, sistem oleh Ar-Rahnu memudahkan pembelian emas jika anda x cukup modal. Caranya mudah saje, call mana-mana penjual emas (contoh : 0192410746 -Effy), bagitau dia berapa modal yang anda ada. Penjual tersebut akan buat kira-kira dan membawa anda ke Ar-Rahnu/Agro/RHB untuk memajak emas atas nama anda. Ar-Rahnu akan membayar nilai pajakan kepada penjual tersebut dan bakinya, anda sebagai pembeli bayar kepada penjual emas mengikut harga pasaran yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Anda boleh membayar kepada Ar-rahnu secara ansuran setiap bulan kepada bank sampai barang selesai ditebus dalam tempih 6 bulan atau lebih.

No comments:
Post a Comment